Pages

Friday, May 21, 2010

oooohhHH acHikK-kuN~~!!

Kangar, Perlis - Sejarah sudah tercipta hari ini bersamaan 21 Mei 2010 apabila anak kepada pasangan En.Azami Bakar,58, dan Pn.Sabariah Abd.Hamid,48, menjadi anak yang ke-6 dan yang ke-3 bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Kolej Mara Banting(KMB) Selangor Darul Ehsan yang menawarkan pengajian di luar negara. Ini termasuk United Kingdom, Ireland, India, Republic Czech dan Russia. Beliau yang bernama Ahmad Farhan Azami,18, mengikut jejak langkah 3 orang abangnya, (Dr.Muhd. Sobri Azami,25, Muhd.Salman Azami,23, dan Muhd. Azri Silmi Azami,21) serta 2 orang kakaknya, (Sakinah Azami,22, dan Siti Sarah Azami,19) setelah mendapat tajaan MARA untuk mengikuti persediaannya selama 2 tahun dalam Internatianol Bachaleurette(IB Programme) di KMB. Ucap beliau setelah ditemui di kediaman ibu bapa beliau,

"Syukur saya kepada Ya Illahi kerana dengan izinnya saya dapat meneruskan cita-cita yang telah lama terpendam. Terima kasih yang tidak terhingga saya lahirkan kepada kedua ibu bapa saya, adik-beradik yang banyak memberikan dorongan terutama kak ah (Siti Sarah) kerana tidak putus-putus memberikan dorongan. Juga terima kasih kepada semua warga guru dan rakan-rakan Sekolah Menengah Kebangsaan Derma(SMKD) dan semestinya kepada Nur Afiyah."

Menemui kedua-dua ibu bapa Ahmad Farhan yang pada ketika itu Pn.Sabariah yang tidak dapat menahan sebak kesyukuran berkata,

"Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, Muhammad SAW dan keluarga AS, para ambia' dan solihin kerana dengan limpah kurniaanNya, anak-anak saya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diinginkan masing-masing."

Juga tidak ketinggalan bapa kepada Ahmad Farhan, En.Azami Bakar yang merupakan Pengetua Sekolah Menengah Syed Saffi meluahkan rasa kesyukuran atas kejayaan anak ke-6 beliau itu.

"Saya dari awal tidak menjangkakan nikmat yang diberikan kepada saya dan anak-anak sebegini rupa. Kesemua keenam-enam mereka bukanlah pelajar yang cemerlang. Tambah-tambah anak yang sulung sehinggakan darjah 4 belum pandai mengeja. Tapi lihatlah dengan nikmat yang diberikan Maha Agung mereka dapat menempuh semuanya dengan jayanya."

Menurut kakak dan abangnya yang lebih berpengalaman menjalani 2 tahun di KMB, Sakinah  dan Azri Silmi, mereka menasihati agar adik mereka lebih bersiap sedia untuk menempuh liku-liku seorang pelajar perubatan. Sakinah dan Azri yang kini menetap di Prague, Republic Czech berpesan agar Ahmad Farhan dapat lakukan yang lebih baik daripada mereka berdua.

Bagi abang sulung yang sudahpon bergelar doktor dan berkhidmat di Hospital Tuanku Fauziah Kangar, dengan nada jenaka,

"Lepas ni bolehla anak-anak En.Azami buka hospital ke-2 di Perlis."

Tambah kakak kepada Ahmad Farhan, Siti Sarah yang akan memulakan tahun pertamanya sebagai pelajar perubatan di Royal College of Medicine Perak (RCMP),

"Boleh kalau banglong sponsor. Kami semua on jer."

Wawancara petang itu sangat meriah dengan kesemua ahli keluarga berkumpul sambil bervideo cam dengan Sakinah dan Azri yang berada di Prague menggunakan teknologi tinggi Skype. Temubual ahli keluarga Ahmad Farhan kemudiannya tamat setelah para produksi dijamukan dengan kuew tiaw tomyam yang menjadi kegemaran ahli keluarga En.Azami dan Pn.Sabariah. - BERNAMA


p/s: tahniah buat achik sekali lagi!!! semoga berhasil mengumpul duit euro bnyk2!!


7 comments:

  1. tahniah!

    mmg jeless dgn keluarga ini :)

    ReplyDelete
  2. nampak sgt artikel tipu dr bernama..sejak bila kuew tiaw tomyam jdk mknn kegemaran keluarga kita...ayah tak suka kuew tiaw la..tu mknn kegemeran ah sorg ja sbenarnya..

    lg pnipuan yg bervideo cam tu..hahaha...


    anyway..tahniah acik-kun..

    ReplyDelete
  3. xpyh jeles cik farra oit..
    smua da kelebihan msing2..
    km sntiasa doakan kejayaan ampa!
    km nk ampa amek medik gk!!!

    ReplyDelete
  4. kak inah~
    kali neyh kak inah xt'tipu..
    heheheheh!

    bkn btol ka kitorg berwebcam ngan kak inah ngan bangdi..
    lupa ka??
    ahahahahaha!!

    lgk satu..
    smua org suka k kuew tiaw tomyam~
    kak inah je kowt yg xsuka~

    ReplyDelete
  5. tu dia ah...web cam tu pny la lm dulu2...lgsg tak dak kaitan ngn result mara acik...

    akak tak rs semo org suka...ah ja yg lebih2...kalo tak msti mak slalu masak kuew tiaw tomyam kt umah...dah lama giler mak tak masak kuew tiaw kot..kuew tiaw goreng pun jarang, inikan kuew tiaw tomyam..

    akak paling suka kuew tiaw dr mee or bihun..tapi sian kat akak, sbb mak jrg masak sbb ayah tak suka kuew tiaw..=(

    ReplyDelete
  6. hahahha!!
    nmpk sgt kak inah da ktinggalan~
    skrg kuew tiaw tomyam da cm mknan wajib mingguan da..
    tgokla btapa besarnya pngaruh ah..
    ayah pon da bleh makan..
    hohohoh!!

    ReplyDelete
  7. mmg sgt ketinggalan..tp bagusla mcm tu..nnt akak blik nk mintak mak masak kuew tiaw goreng kat akak..trigin giler nak makan..kat cn apa la yg ada...spagetti ja

    ReplyDelete

type comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails